Khamis, 9 Oktober 2014

RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian Berwayar

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


  • Rangkaian kawasan setempat (local network- LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti: rumah, pejabat. Bentuk LAN yang paling mudah adalah 2 buah komputer berhubung menerusi wayar.
  • http://www.youtube.com/watch?v=JvYaoCJC1ks 

2. Rangkaian Kawasan Luas ( Wide Area Network- WAN )


    • Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara & benua. WAN disambung melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah internet.
    • http://www.youtube.com/watch?v=60ROc_C8cB0

    Rangkaian tanpa berwayar

    1.Rangkaian wayar dan tanpa berwayar

    • Wifi (wireless fidelity) adalah 1 set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE802.11.
    • Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal.Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter / jarak yang sangat jauh.
    • Penggunaan WIFI adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad WIFI yang ada dalam komputer bagi membolehkankan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
    • Kelebihan menggunakan WIFI adalah seperti berikut:
    1. Mudah: boleh menyambungkan komputer di rumah / sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
      2. Kos: rangkaian tanpa wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
      http://www.youtube.com/watch?v=ZpLTNQ5Omuk


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan