Khamis, 9 Oktober 2014

Sistem Rangkain & Dunia Internet

1.0 Mengenai Rangkaian Komputer 

1.Pengenalan Kepada Rangkaian 


  • Rangkaian komputer terdiri daripada 2 atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber ( seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik.Komputer dalam rangkaian bleh dihubungkan melalui kabel. Talian telefon, gelombang radio,satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.

    2.Kebaikan menggunakan rangkaian

    • 2.1 Berkongsi fail- perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak   manfaat dan kebaikan. Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
    • 2.2 Berkongsi peranti- di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks modem,pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi pleh ramai pengguna.
    • 2.3 Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
    • 2.4 Berkongsi Perisian- Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimat masa, tenaga dan kos.
    • 2.5 Mel elektronik- membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
    • 2.6 Memindahkan fail- Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan